Apa Itu GIS9

GIS9 adalah nama singkatan bagi sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan yang mengandungi data-data Geospatial. GIS9 boleh memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk melalui ‘attribute table’ bagi keseluruhan kawasan Negeri Sembilan. GIS9 yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah khusus bagi membantu proses membuat keputusan dan perancangan dengan berdasarkan fungsi dan keperluan kepada jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Sembilan

Objektif GIS9

  1. Merekabentuk dan membangunkan pangkalan data GIS9
  2. Menyelenggara dan menyelaras pengkongsian maklumat spatial Negeri Sembilan
  3. Mereka dan melaksanakan program antara muka pengguna Sistem GIS9
  4. Mampu menganalisis dan menyuaipadankan maklumat spatial GIS9 untuk kegunaan Jabatan / Agensi Negeri
  5. Membangunkan halaman Web GIS
  6. Merekabentuk dan melaksanakan pemantauan Rancangan Pembangunan

Kelebihan Dan Faedah GIS9

  1. Dapat menjimatkan kos
  2. Berupaya melicinkan proses pengurusan dan pelaksanaan melalui kaedah perkongsian data antara Jabatan / Agensi Kerajaan
  3. Membantu membuat keputusan perancangan dan pembangunan fizikal Negeri
  4. Memusatkan semua jenis data fizikal negeri dalam bentuk pelan dan maklumat
  5. Mengetahui perkembangan dan status pembangunan negeri

NS Data Portal

GIS9 Online disediakan untuk menyalurkan maklumat berpangkalan data GIS9 secara intranet dan internet. Capaian maklumat yang disediakan membantu melancarkan lagi kaedah pengurusan pentadbiran bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan. Melalui informasi terkini, strategi perancangan diperingkat negeri dan daerah dapat dilaksanakan dengan penglibatan terus daripada agensi bukan kerajaan dan juga orang awam.

Kemudahan aksesibiliti data yang pantas dan saluran maklumat yang terkini menjadikan GIS9 Online media utama dalam menyediakan informasi yang efisen kepada penggunanya. Justeru itu, prosedur keselamatan data juga diambilkira bagi memastikan data-data hakmilik jabatan-jabatan tidak dipersembahkan dengan mudah dan terbuka.

Inisiatif Geospatial:
iplan
jupem
logojpbd
mrsa
1malaysia