Apakah yang dimaksudkan dengan data spatial ?

Secara umumnya data spatial adalah merujuk kepada ciri-ciri lokasi atau kedudukan sesuatu objek dalam ruangan tertentu dimana kejituannya atau ketepatan perletakan objek-objek tersebut di antara satu sama lain adalah ditentukan berdasarkan kepada prosedur cerapan data dilapangan.

Apakah data-data spatial or non spatial yang terdapat dalam sistem aplikasi GIS 9?

Terdapat pelbagai jenis data yang disimpan dalam system aplikasi GIS 9 ini termasuk gunatanah semasa dan komited terkini, titik (point) bagi lokasi-lokasi kemudahan seperti kemudahan Tempat Ibadat, lokasi sekolah, lokasi klinik kesihatan.

Data spatial dan non -spatial ini merupakan data yang diterima dan telah diverifikasi oleh Agensi Pembekal Data (APD) yang terlibat dengan data-data tersebut.

Apa itu GIS 9?

GIS9 adalah nama singkatan bagi sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan yang mengandungi data-data Geospatial. GIS9 boleh memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk melalui ‘attribute table’ bagi keseluruhan kawasan Negeri Sembilan. GIS9 yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah khusus bagi membantu proses membuat keputusan dan perancangan dengan berdasarkan fungsi dan keperluan kepada jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Sembilan.

Aplikasi Portal GIS 9 yang baru dibangunkan pada 2015 ini mempunyai penambahbaikkan dengan terdapat 4 Modul Utama bagi memudahkan pencarian maklumat GIS lebih senang.

Bagaimanakah untuk mendapatkan data hardcopy/digital GIS 9?

Data hardcopy/digital GIS 9 boleh diperolehi atau dibeli dengan mengemukakan surat permohonan dan mengisi Borang Keselamatan Data (JPBD(N)/PKK(GIS)/002/A) dan dihantar kepada:
Unit Bank Data (UBD)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan

Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri,

70646 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Borang Keselamatan Data (JPBD(N)/PKK(GIS)/002/A) boleh dimuat turun dari laman web JPBD Negeri Sembilan iaitu http://jpbd.ns.gov.my/index.php/muat-turun/borang-gis

 

KATEGORI PENGGUNA PEMBAYARAN PEMBELIAN DATA
KATEGORI PENGGUNA PEMBAYARAN PEMBELIAN DATA
Agensi Kerajaan / Penuntut Institusi Awam Percuma
Agensi Swasta/ Orang Awam / Penuntut Institusi Swasta Berbayar

 

JENIS PEMBEKALAN DATA SAIZ DATA HARGA PER MB (RM)
Data Digital 1Mb 100.00
Mb Seterusnya 30.00

 

JENIS PEMBEKALAN DATA SAIZ PELAN CETAKAN BERWARNA (RM) CETAKAN TIDAK BERWARNA (RM)
Data Bercetak A0 250.00 125.00
A1 120.00 60.00
A2 60.00 30.00
A3 30.00 15.00
A4 20.00 10.00
Modul yang terdapat dalam sistem aplikasi GIS 9?

Terdapat 4 modul utama yang terdapat dalam sistem aplikasi GIS 9 ini iaitu :

  1. Kebajikan dan Sosial

Modul ini merupakan maklumat berkaitan dengan profil kampung,  maklumat-maklumat sokongan berkaitan JKKK dan kampung yang terlibat, penerima bantuan berdasarkan parlimen, dun, daerah, mukim, kampong.

  1. Kemudahan Masyarakat – Pendidikan

Memaparkan secara visual berkaitan dengan analisa kemudahsampaian yang akan dijana dan diterbitkan melalui Map Service yang disediakan.

Pengguna boleh melihat maklumat secara Range Color bagi corak kemudahsampaian Negeri Sembilan.

  1. Perancangan dan Pembangunan

Modul ini merupakan paparan carian gunatanah semasa bersama komited yang terkini. Selain itu, Modul ini juga memaparkan secara visual potensi fizikal pembangunan yang ada di Negeri Sembilan.

  1. Carian Tanah

Merupakan paparan yang berfungsi membuat  carian dan memaparkan maklumat asas lot

 

 

Siapa yang memberi Kebenaran Merancang?

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) iaitu Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah yang memberi kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh pemohon.

Bolehkah pemohon membuat pertanyaan dan semakan perancangan?

Bahagian Kawalan Perancangan bersedia menjawab sebarang pertanyaan melalui telefon, di kaunter dan secara online melalui laman web berhubung dengan masalah permohonan perancangan.

Apa itu Kebenaran Merancang?

Menurut Akta 172, Kebenaran Merancang ertinya kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan. Kebenaran Merancang hendaklah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) sebelum sesuatu pemajuan dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan Kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir, dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang ditetapkan oleh PBPT sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen 21 (1). Seksyen 21 (3) berkehendakkan supaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBPT boleh mengarahkan pemohon mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjak belakang bangunan dan sebagainya.

Apakah Perancangan Bandar?

Perancangan Bandar dikenali sebagai “Perancangan fizikal” atau “perancangan kegunaan tanah”. Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar Bandar dengan mengambilkira aspek alam sekitar dan kehendak masyarakat.

Siapa yang bertanggungjawab dalam membuat perancangan ini?

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

Apakah konsep perancangan?

Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ianya melalui proses analisis keadaan semasa, kenalpasti isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan Tanah.