Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan

 

GIS9 adalah nama singkatan bagi sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan yang mengandungi data-data Geospatial. GIS9 boleh memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk melalui ‘attribute table’ bagi keseluruhan kawasan Negeri Sembilan. GIS9 yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah khusus bagi membantu proses membuat keputusan dan perancangan dengan berdasarkan fungsi dan keperluan kepada jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Sembilan.

 

Objektif Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan

  1. Merekabentuk dan membangunkan pangkalan data GIS9
  2. Menyelenggara dan menyelaras pengkongsian maklumat spatial Negeri Sembilan
  3. Mereka dan melaksanakan program antara muka pengguna Sistem GIS9
  4. Mampu menganalisis dan menyuaipadankan maklumat spatial GIS9 untuk kegunaan Jabatan / Agensi Negeri
  5. Membangunkan halaman Web GIS
  6. Merekabentuk dan melaksanakan pemantauan Rancangan Pembangunan